Kelebihan Dhuha

 Assalamualaikum sahabat dan rakan..
Sedar tak sedar kita dah memasuki Bulan Rejab..nanti Syaaban kemudian Ramadhan..masyaAllah sungguh cepat masa berlalu. Saya mengharapkan masa yang berlalu telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh kita semua dalam mencari keredhaan AllahSWT.

Di sini saya ingin mengajak rakan2 semua tentang satu amalan solat sunat yang tak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah SAW iaitu solat sunat Dhuha.. Dalam kesibukan kita seharian, apalah sangat kita meluangkan barang 10 minit untuk melakukan ibadat yang sangat bayak fadhilatnya ini..


Solat Sunnat Dhuha
Dhuha menurut ahli fekah adalah waktu di antara ketika matahari mulai naik sehingga ketika matahari mulai condong. Oleh itu solat Dhuha adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu tersebut.

Waktu Dhuha
Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati, laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir pada waktu tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati, laksanakannya sebelum 15 minit)  Selalunya di Malaysia ini waktu mula mereka solat Dhuha ialah selepas pukul 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi.
Ulama berpendapat  disunatkan menta’khirkan (melambatkan) sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Bilangan Rakaat Solat Dhuha
Jumlah rakaat solat Dhuha paling minimal adalah dua rakaat dan ia boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat yang tertentu. Ia boleh dilaksanakan dengan dua, empat, enam, lapan dan seterusnya.
Berkaitan dengan dalil yang menunjukkan jumlah rakaat solat Dhuha ini tidak ada batasan yang tertentu adalah:
Daripada Mu’adzah, dia berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah: Berapa rakaat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan solat Dhuha?
Dia menjawab: Sebanyak empat rakaat lalu baginda menambahnya lagi menurut yang dia kehendaki. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 719.

Kepentingan Solat Dhuha
Pendapat yang paling tepat serta dipegang oleh jumhur ulamak adalah solat Dhuha termasuk amal sunat mu’akkadah dan dianjurkan untuk diamalkan secara rutin. Ini adalah kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam selalu mengerjakannya, menganjurkan para sahabat untuk mengerjakannya malah baginda pernah mewasiatkan perlaksanaannya kepada beberapa sahabat:
Daripada Abu Hurairah radhiallahu’ anh, dia berkata:
Maksudnya:
Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan mengerjakan solat Witir sebelum tidur – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Shaum, no: 1981.

Kelebihan Solat Dhuha
Antara kelebihan Solat Dhuha ialah Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari :
Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha, Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari. Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman (Hadith Qudsi):
Maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.

Cara melakukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.

b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam

c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha

Pada sujud terakhir bacalah doa ini sebanyak 3 kali ( ada pendapat ulama lain 40 kali )



d) Setelah selesai salam, lalu bacalah doa sunat dhuha ini;




Ayuh, mari kita beristiqamah dalam menunaikan Solat Dhuha! 

Abangcik2010
31.5.2012

No comments:

Post a Comment