Friday, June 8, 2012

Tujuan membeli,menyimpan dan melabur emas

 1. Syiling emas dan perak sebagai insurans (non-investment)
 2. Emas dan perak sebagai rizab kerajaan bagi menyokong nilai matawang negara (non-investment)
 3. Emas dan perak sebagai satu pelaburan apabila tiba masa yang tepat dan sesuai.


Huraian:

 1. Emas dan perak sebagai insurans. Kita perlu memiliki emas dan perak sebagai persediaan terhadap situasi-situasi yang tidak terjangka. Sebagai contoh, berlakunya rusuhan, peperangan, hyper inflasi atau virus komputer dimasukkan ke dalam komputer bank negara menyebabkan wang di dalam sistem perbankan lesap. Hm… nampak macam susah nak berlaku.. tapi ada kemungkinan untuk berlaku. Jadi, ianya lebih kepada insurans. Seperti insurans rumah dan kereta, ianya bertujuan melindungi kekayaan kita, just in case tragedi berlaku. Ini kerana apabila wang kertas tidak boleh digunakan maka emas dan perak boleh digunakan sebagai wang.

 2. Emas dan perak sebagai rizab menyokong nilai matawang negara (non-investment) Emas dan perak telah lama menjadi penyokong nilai matawang sesebuah negara. Amerika Syarikat sebagai contoh dahulunya mempunyai standard emas dan perak yang tersendiri di mana setiap US Dollar yang dicetak akan disokong oleh nilai emas/perak yang sama nilainya di dalam simpanan. Sehingga tahun 1934, sesetengah wang kertas Amerika boleh ditukar dengan emas/perak yang sama nilainya. Pada tahun 1971, Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Richard Nixon telah mengistiharkan bahawa USD tidak boleh ditukarkan dengan emas. Jadi emas dan perak tidak lagi digunakan untuk menambat nilai matawang USD. Hasilnya ialah wang fiat iaitu wang yang tidak disandarkan kepada mana-mana aset yang bernilai. Nilai wang berdasarkan persepsi pengguna bahawa ianya adalah wang dan bernilai. Wang fiat cuma bernilai kerana arahan/paksaan pemerintah. Kalau dalam konteks Malaysia pulak.. senang jer.. cuba saudara/i renung kat duit kertas kita. Nampak tak perkataan nie: “WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI”… hehehe.. wang kertas Malaysia pun ialah wang fiat. Ini kerana kertas itu sendiri tidak ada nilai… yang menyebabkan matawang kita bernilai ialah kerana undang-undang yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia mengiktiraf kertas bercetak itu sebagai wang. Apa akan jadi jika wang fiat tidak diiktiraf kerajaan? Jawapannya.. wang tu tak laku lah… Ingat tak lagi kisah syiling RM1? mesti ingat kan? dulu kita selalu guna syiling RM1 nie untuk beli apa-apa. Namun, mulai 7 Disember 2005 syiling ini telah diistiharkan tidak sah diperlakukan oleh Bank Negara Malaysia dan dikeluarkan dari pasaran.



 3. Emas dan perak sebagai satu pelaburan apabila tiba masa yang tepat dan sesuai. Bagi Howard Ruff, apabila tiba masa yang tepat, emas dan perak boleh menjadi pelaburan yang sangat menguntungkan. Kita mendapat keuntungan apabila membeli pada harga rendah dan menjual semula pada harga yang tinggi. Soalan? Bila masa yang tepat untuk membeli emas? Jawapan: Sekarang! Ruff menjangkakan akan berlaku kenaikan tinggi harga emas dalam tempoh 8 – 13 tahun (daripada tahun 2006). Sebarang pelaburan di dalam emas dan perak akan memberikan pulangan yang sangat lumayan kepada pelabur. Beliau juga berkata, sesiapa yang tak memperdulikan emas dan perak sekarang akan rugi besar.  Kata-kata Ruff yang dipetik dari bukunya. So sedara dan sedari sekalian, marilah kita bersedia mengaut keuntungan daripada pelaburan emas dari sekarang. Apapun harga emas sekarang.. kita beli ajer… sebab dalam jangka masa panjang kita tetap akan untung ..... 

Justeru antara emas fizikal dan duit kertas, yang mana pilihan anda..!

 
Dipetik daripada jutawanemas.com

Saturday, June 2, 2012

Kita Perlu Berubah..!

Sahabat2 dan rakan sekalian....
Ramai di antara kita yang mempunyai pendapatan yang boleh dikatakan stabil setiap bulan. Namun adakah dengan pendapatan itu dapat menjamin kehidupan kita di masa depan. Rata2 kita tidak mempunyai skill ' financial planning' yang mantap. Sudahkah kita bersedia untuk menghadapi hari2 muka...

Walau pendapatan kita tak seberapa namun jika pandai menguruskan kewangan, kita mungkin lebih kaya daripada mereka yang berpendapatan lebih tinggi daripada kita.

Berikut adalah 4 sebab mengapa ramai orang susah untuk menjadi kaya dan bagaimana kita semua tidak menjadi seperti mereka!

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #1 : Menunggu Untuk Bermula
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=

Hampir semua orang tidak mahu menunggu untuk berjaya. Tetapi, pada masa yang sama, mereka sanggup menunggu untuk mula melangkah ke arah kejayaan.
Nampakkah anda  masalahnya disini?
Lagi lama anda  menunggu untuk bermula, lama lagi untuk anda  menjana wang, kejayaan dan gaya hidup yang anda mahukan.
Ramai orang yang menunggu sehingga semuanya sempurna sebelum mereka bertindak. Oleh sebab itu, mereka tidak akan bergerak dan tidak akan mendapat apa - apa ganjarannya.


Tiada perlumbaan yang akan dimenangi (atau diakhiri) oleh seseorang yang tidak melepasi garis permulaaan.

Jangan menunggu untuk bertindak. Mulakan hari ini dengan melangkah ke arah kejayaan. FAST ACTION FAST RESULT !

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #2 : Ilmu Kewangan Yang Teruk
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Kunci kekayaan terletak kepada pemahaman tentang aset dan liabiliti.
Perbezaanya saya ringkaskan disini: Aset adalah sesuatu yang masukkan duit kepoket anda .

Hutang pula ialah sesuatu yang keluarkan duit dari poket anda

Aset : Wang masyuk
Liabiliti: Wang keluar

Ramai orang yang berfikir bahawa rumah, kereta dan harta benda adalah aset mereka.Tetapi, yang sebenarnya ialah hampir semuanya menyebabkan anda  keluarkan wang dari poket anda sendiri .
Mereka MAHUKAN wang daripada anda  Mereka tidak BERIKAN anda  wang.
Oleh itu, daripada definisi diatas, semuanya itu adalah
liabiliti = hutang!.

Bila anda  mempunyai wang yang banyak MASUK daripada aset yang sebenar daripada wang yang KELUAR untuk membayar liabiliti, anda  akan bebas dari segi kewangan. Hanya terdapat satu cara untuk anda  lakukannya. Dan ianya membawa kita kepada...KEBEBASAN KEWANGAN

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #3 : Fokus kepada pendapatan aktif daripada pasif
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=

Salah seorang jutawan yang saya kenali pernah memberi nasihat dengan selamba. Beliau berkata "Jika anda tidak buat duit semasa tidur, anda tidak akan kaya."

Pendapatan aktif adalah gaji yang anda  dapat daripada bekerja. anda  bekerja sejam dan mendapat bayaran untuk sejam bekerja dan sampai disitu sahaja.
Pendapatan pasif ialah anda bekerja sekali sahaja tetapi terus mendapat bayaran tanpa putus daripada kerja yang tidak lagi anda  lakukan.

Dengan membuat pelaburan atau mencipta aset sebenar yang memberikan pendapatan pasif   adalah tiket untuk anda menuju kekayaan.

Sebab #4 : Tidak cukup sabar dan tiada keazaman
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~~=~=~=~=~=

Untuk menamatkan apa juga perlumbaan, anda  mesti memecut daripada garisan permulaan dan mengikut terus sehingga ke garisan penamat.

Ramai orang yang mencipta kegagalan mereka samada tidak bermula langsung atau tidak tamatkan, atau kedua-duanya sekali.

Untuk menjana kekayaan, berjaya dan hidup bahagia anda  mestilah mempunyai kesabaran dan keazaman untuk tiba ke garisan penamat. adriana bukan sahaja perlu bermula, tetapi mesti tabah mengharungi semuanya.

Bunyinya mungkin sudah jelas, tetapi ianya masih menjadi punca kegagalan sesorang.

Sebab itulah jika anda  sanggup menyertai 5 peratus mereka yang mengikut 4 perkara diatas, anda mempunyai peluang yang besar untuk menempa kejayaan dan kemewahan.
Ianya cukup mudah...anda hanya  perlu membuat keputusan untuk mengikut perkara diatas dan lihat perubahan pada kehidupan anda nanti.

Tetapi, jika tidak, seperti kebanyakkan orang lain anda tetap seperti sekarang, sama seperti dulu.

Inilah masanya untuk anda  membuat keputusan. Tidak mahukah anda  menjana kewangan yang lumayan dengan menjalankan perniagaan emas ?
Jalan sudah saya tunjukkan...tunggu anda untuk bertindak saja.

KEPUTUSAN ANDA HARI INI  PENENTU KEJAYAAN ANDA ESOK HARI...

Friday, June 1, 2012

Kata2 Pakar Ekonomi

Orang mulai panik. Pada Ogos 6, 2011, orang mula menjual
pegangan mereka kena mereka takut akan prospek ekonomi negara.

Tan Teng Boo, pengarah urusan Capital Dynamics Asset Management
Sdn Bhd pernah berkata kepada Business.fm bahawa:

" the broad national interest is not really taken care off."

dan satu lagi:

"we don't have a statesman who are able to look beyond narrow interest "

Anda boleh lihat temu ramah beliau dengan Business.fm di:

http://www.youtube.com/watch?v=BHiNgmW8wDE

Dua penyataan itu sahaja sudah menunjukkan betapa banyaknya
masalah yang terselindung di sebalik apa  yang ditunjukkan media.

Pelbagai perkara boleh berlaku terutama sekali sekarang.
Pada 8 Ogos 2011, RM31 bilion nilai telah dikeluarkan dari
stok di Bursa Malaysia.

Dan itu baru permulaan. Kita terlalu terdedah dengan risiko
di Eropah dan Amerika syarikat. Mereka antara pelabur terbesar
di Malaysia.

Kalau rumah mereka terbakar, rumah kita pun akan terkena juga.
Kalau tak hangus, mungkin atap kita terbakar. Itu perumpaan
yang sesuai mengenai keadaan ekonomi sekarang. Ianya tidak
semakin bagus, tapi semakin buruk. Semakin banyak rumah terbakar.

Sudahkah kita semua bersedia..jika belum anda tahu apa yang sepatutnya dilakukan !!