Wednesday, May 23, 2012

Beli Emas Sekarang..!

Peningkatan harga emas dari tahun 2008 hingga sekarang. Lihat pada garisan  tanda beli dan jual. Lihat graf di bawah pula.


Ini adalah nasihat dan pandangan daripada mereka yang mahir dalam analisa teknikal harga emas. Harga akan kembali kepada paras tertinggi,dianggarkan dalam bulan Ogos dan September nanti ekoran  musim perayaan, di mana permintaan terhadap emas akan meningkat. Jika dilihat terhadap trend di atas, jika anda bertindak sekarang dengan membeli samaada bar atau dinar, maka potensi untuk meraih keuntungan adalah besar. Mulalah dengan mengikut kemampuan anda. Apa yang pasti, peluang seperti ini jarang berlaku. Jika anda bermula di sini, untungnya akan lebih kerana anda bermula di paras harga yang sangat minimum, berbanding dengan mereka yang telah membeli di waktu harga agak tinggi.

Ingat..! Harga akan mencecah garisan atas dalam satu atau dua bulan lagi dengan keuntungan melebihi 10%, kerana selalunya harga emas ni setelah ia turun dengan banyaknya, maka akan berlaku 'rebound' di mana harga akan melonjak tinggi selepas itu. Maka inilah peluang anda untuk bermula.

Emas di tangan kanan, perak di tangan kiri...buatlah satu keputusan yang bijak demi masa depan. Keputusan anda hari ini penentu kejayaan masa depan.



Anda lihat graf di bawah pula...sejarah emas memang macam putaran roda...selepas jatuh akibat apa2 krisis, harganya akan melonjak...kita tunggu dan lihat selepas krisis Eropah yang sedang berlaku ini..dan anda lihat harganya sudah mula 'rebound'...dua hari lepas sekeping dinar hanya RM698, hari ini telah melonjak ke RM730....sementara 2 hari 'trading closed' anda boleh locked harga di public gold kerana apabila trading dibuka semula pada hari Isnin, harganya tentu akan naik lagi...



 Download penerangan Ustaz Zaharuddin tentang pelaburan emas di sini


Keistimewaan Public Gold anda boleh berurusan secara online 24 jam. Booking, buat bayaran dan ambil barang. Sungguh mudah..! Untuk membeli anda perlu membuka akaun dahulu ..samada daftar secara online atau pergi sendiri ke pejabat Public Gold yang terdekat dengan anda. Anda boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut di 0194162343 atau emel abangcik2010@gmail.com . Jika anda mendaftar di pejabat public gold, sila nyatakan no PG016023 sebagai introducer anda..semoga kita sama2 berjaya. Semoga kita lebih kaya dan berjaya, insyaAllah..!!

Saturday, May 19, 2012

Emas: Simpanan Atau Pelaburan..?

Bila saya bercakap tentang emas kepada rakan2, ramai yang masih kurang jelas dengan peranan emas dalam menjaga kepentingan aset seseorang. Emas dijadikan sandaran kepada kekayaan seseorang..Anda setuju? Ramai yang bertanya, kalau beli berapa lama harus disimpan..kalau untuk tujuan melabur bila perlu dijual..? 

Emas sebagai simpanan:
Kita tahu yang emas adalah logam yang sangat bernilai ciptaan Allah SWT. Ia telah dijadikan matawang sejak zaman dulu malah telah dicerita dalam hadis-hadis nabi. Maka tidak hairan, emas dijadikan kayu ukur kekayaan seseorang itu. 

Di Malaysia, kesedaran tentang pentingnya menyimpan aset yang kalis inflasi mula meningkat di awal 2008, setelah krisis ekonomi dunia melanda dan emas waktu itu agak rendah harganya. Melihat kepada trend terdahulu yang menyaksikan peningkatan harga emas setiap tahun menjadikan ia semakin dicari. Tujuan menyimpan emas ialah untuk melindungi aset kita, kerana jika menyimpan semua  harta kita yang ada dalam bentuk matawang kertas...apa akan jadi jika tiba2 matawang kita jatuh teruk dan inflasi meningkat tinggi..sudah tentu kuasa membeli kita akan turun. Duit yang kita simpan dalam bank2 dah makin kekurangan nilainya.

Justeru, emas adalah satu komoditi yang insyaAllah dapat menjaga harta kita. Bagaimana...? Kita azamkan satu tekad. Setiap bulan kita harus membeli emas, sekurang-kurangnya satu dinar. Kalau 12 bulan, kita dah ada 12 dinar...Kita buat belanjawan kita sendiri.

Satu lagi petua atau cadangan yang diberi oleh sifu2 emas melalui ceramah seminar mereka iaitu jika kita mempunyai simpanan yang banyak di Tabung Haji atau ASB..kita boleh keluarkan 20-30% daripada duit itu untuk membeli emas fizikal. JANGAN KELUARKAN semua sekali kerana kita masih memerlukan aliran tunai dalam urusan seharian kita...Jika kita dapat istiqamah sekeping dinar setiap bulan dari duit lebihan kita, 10 tahun akan datang kita mempunyai 120 keping dinar. Jika hari ini sekeping dinar Public Gold berharga di sekitar RM705, dijangkakan pada tahun 2020 harga sekeping dinar ini akan melonjak menjadi RM2000 ( berdasarkan andaian harga emas akan melonjak ke RM500/gram)..

Lonjakan harga emas sejak 10 tahun lalu


Emas sebagai pelaburan:
Pelaburan dikaitkan dengan urusan mengeluarkan modal dan mengharapkan keuntungan daripadanya. Selain daripada menyimpan, emas juga dijadikan satu komoditi pelaburan. Konsep pelaburan dengan emas fizikal ini ialah beli di waktu murah dan jual pada waktu harganya lebih tinggi. Contoh yang sering diberikan oleh sifu2 emas ialah memberi tempoh setahun untuk menjual balik emas yang kita beli atau pun bila2 jika harganya lebih tinggi dari harga belian. Cth:-

Mei 2012 Harga sekeping 5 dinar public gold ialah RM3400. Kita beli sebanyak 6 keping bernilai RM20400 ( dah boleh jadi dealer tu....;-) ) Spread atau susut nilai bagi 5dinar ini ialah 5.5%. Kita simpan dinar ini hingga Mei 2013, tengok balik pada harga We Buy public gold. Katakanlah harga pada waktu itu RM3800..maka kita darabkan dengan 6 keping, kita dapat RM22800. Maka untung bersih kita ialah RM2400 iaitu lebih kurang 11% setahun...sudah tentulah jika melabur lebih maka keuntungnnya pun lebih.

Langkah seterusnya kita kita jual kesemua dinar tadi, dapat RM22800, kita ambil RM2400 untuk tujuan perbelanjaan dan duit modal RM20400 tadi kita beli emas semula. Memanglah kita tak akan dapat balik 6 keping 5 dinar tadi, tapi "rolling " balik RM20400 tadi sebagai modal beli emas semula, dan buatlah begitu utk tahun2 berikutnya. Atau bila2 harga emas melonjak tinggi kita boleh jualnya..
Ingat ! Konsep pelaburan ialah BELI MASA MURAH JUAL BILA HARGA LEBIH DARI MODAL !!!

Ok selamat menyimpan dan melabur.

Abangcik2010,
19.5.2012

Saturday, May 12, 2012

Menjadi Dealer Public Gold

Sebenarnya dulu, saya tak pernah bermimpi pun nak jadi dealer. Beli emas pun sebagai satu alternatif untuk menyimpan aset masa depan. Hajat di hati hanya ingin membeli emas setiap kali dpt gaji..sekurang-kurangnya 1 dinar setiap bulan. Namun, segalanya berubah apabila Public Gold membuka cawangannya berdekatan dengan rumah di bandar Alor Setar. Ini kerana berurusan dengan PG memang mudah...bila melihat simpanan agak cukup melebihi daripada yang kita perlukan utk belanja dalam 3-4 bulan, lalu saya terfikir. Duit itu memang akan terperap di TH saja..semakin lama nilai RM kertas ni semakin mengecil. Lagipun dgn menjadi Normal Dealer, setiap belian kita akan dapat komisyen sebanyak 1%. Lalu saya nekad, dengan membuat pembelian satu resit RM20K..terus jadi dealer. 
Alhamdulillah, sejak menjadi dealer, kadang2 kita tak perlu mencari sangat customer ni..depa yang akan call kita utk lock harga emas ni...Permulaannya, kita just bagi info sikit tentang kepentingan emas ni...cth ;utk masa depan anak2 kita..ramai yang memberi respons yang positif..

Kerana, saya dah azamkan untuk membeli setiap bulan, dengan menjadi dealer sekurang-kurangnya kita mendapat sedikit pulangan daripada simpanan kita itu. Kalau tak nak menjual cari customer pun tak kisah kerana niat kita hanya untuk menyimpan...


Emas Pelaburan Jangka Panjang
Dan yang pastinya, emas ni adalah pelaburan jangka panjang..betulkan? sebulan dua tu harga emas naik turun tu kira normal la kan..

ASB pon bleh sabaq sampai setahun kan..takkan la dengan emas ni takleh nak tunggu sat…heehhe
Lagipun menyimpan emas ni bleh elak kecairan wang..bet0i dak? bila kita nak beli sport rim la contohnya,..katakan harga sport rim dalam RM1350 tapi kita mesti p ASB keluarkan RM1500. Kan?? mesti nak keluarkan lebih sikit kan?? Tapi kalau dengan emas, buat kita pikiaq 2-3 kali..iskk aku beli ni dlu murah je..sayang la nak juai emas ni semata2 nak beli sport rim..haaa..lain woo..tak caya try la beli emas..ehhehe

Ok la..nasihat saya kepada anda semua, beli la emas sekarang ni..tambah tambah time harga macam kat bawah ni ha..sebab harga yang murah macam ni biasanya tak lama :-) 

 

Public Gold Price (24 Hours Live)

(Last updated 2012-05-12_16:35:39)
 PG SellPG Buy
(Inclusive all costs, FOB Ex Penang, Malaysia)
10 gramRM 1,720.00RM 1,582.00
20 gramRM 3,407.00RM 3,203.00
50 gramRM 8,479.00RM 8,012.00
100 gramRM 16,878.00RM 16,034.00
250 gramRM 41,997.00RM 40,107.00
500 gramRM 83,994.00RM 80,214.00
 
1 DinarRM 698.00RM 657.00
2 DinarRM 1,397.00RM 1,313.00
5 DinarRM 3,477.00RM 3,286.00
10 DinarRM 6,923.00RM 6,576.00
 
i-Series 22K Jewellery
5 gramRM 799.00RM 719.00
10 gramRM 1,598.00RM 1,439.00
20 gramRM 3,197.00RM 2,877.00
50 gramRM 7,992.00RM 7,193.00
100 gramRM 15,983.00RM 14,385.00
 
D-Series 22K Jewellery
1 gramRM 163.79RM 134.31

Daily Silver Chart

Public Silver Price (24 Hours Live)

(Last updated 2012-05-12_16:35:39)
 PG SellPG Buy
100 gramRM 361.00RM 307.00
250 gramRM 899.00RM 773.00
500 gramRM 1,791.00RM 1,558.00
1 kilogramRM 3,567.00RM 3,139.00
 
10 DirhamRM 120.00RM 101.00
(Inclusive all costs, FOB Ex Penang, Malaysia)       

12.5.12



Thursday, May 10, 2012

Bagaimana Nak Lock Harga atau Order..

Jika anda sudah memiliki akaun di public gold..anda sudah boleh berurusan secara online.

1.Langkah 1: Buka http://www.publicgold.com.my/v1/,
                     tengok harga terkini yang terletak di sebelah kanan website.

2. Log in

3. Klik order

4. Pilih emas pilihan anda. Untuk permulaan, saya cadangkan beli dulu sekeping dinar kerana ia item paling murah dan susut nilai cuma 6%.

4. Pilih cara bayaran, bank dan pejabat PG yang anda akan ambil barang.

5. Klik order.

6. Automatic emel akan dihantar kepada alamat emel anda bahawa tempahan diterima. Sila tunggu emel Sale Order, SO seperti berikut:


7.  Buat Bayaran: 
                        Bila terima SO, pastikan anda buat bayaran dengan cara bank-in duit ke akaun Public Gold (Maybank, Public Bank, Bank Islam) dalam masa 24 jam ataupun 1 hari bekerja. Pastikan anda simpan bank-in slip atau bukti bayaran ORIGINAL baik-baik. Public Gold tak akan benarkan barang diambil tanpa bukti bayaran original.

8.  Ambik Emas:


                  Anda boleh ambik emas selepas 3 hari dari tarikh Sales Order dikeluarkan. Jangan lupa bawa sekali (1) Bukti bayaran original, dan (2) Salinan Sales Order. Kalau nak datang ambik sebelah petang, call dulu office Public Gold sebelah pagi, bagi no. Sales Order (e.g. PM2-006523) untuk dia semak samada dah boleh ambik ke belum, dan yang keduanya, supaya dia boleh proses awal-awal. Tak perlu menunggu lama-lama di office Public Gold untuk dapat emas tu.

Itulah langkah2 yang anda boleh buat sendiri tanpa melalui dealer. Yang penting perlu ada akaun dulu dengan mendaftar seperti di link "Panduan Melabur di Public Gold"
Semoga anda lebih berjaya dengan emas...insyaAllah.

Abangcik 2010
11.5.2012/ 19 Jamadil Akhir 1433

Kempen 1 Rumah 1 Dinar...

Emas masih di tahap harga terendah sepanjang minggu ini. Sila baca link ini untuk mengetahui kenapa harga emas jatuh pada minggu ini. Untuk rakan2 yang memberi hujah bahawa mereka akan mula membeli emas jika harga emas jatuh, nah inilah masanya untuk mula memiliki logam berharga ini. Jom tanamkan azam untuk memiliki sekurang-kurangnya sekeping dinar untuk disimpan. Harga dinar hari ini serendah RM701..betapa murahnya. Jika sebelum ini, harga sekeping dinar bermain di sekitar RM740-750 kini harga turun menjunam sehingga RM701...

Jom buka akaun anda secara online dan kenal pasti  pejabat Public Gold yang berdekatan dengan anda. Ini untuk memudahkan anda mengambil emas yang anda telah order. Klik di link sebelah kanan, panduan melabur/menyimpan di public gold. Dengan adanya akaun, anda boleh lihat, log in dan lock harga emas. Tunggu emel daripada pihak PG dan buat bayaran.

Jom.. sempena dengan kejatuhan harga emas ini, tanamkan azam untuk memiliki sekurang-kurangnya 1 dinar di setiap rumah.  
Ingatlah bahawa kekayaan sebenar adalah dengan memilki emas fizikal.


Thursday, May 3, 2012

Emas Jatuh Minggu Ini...

https://mail-attachment.googleusercontent.com/attachment/?ui=2&ik=34d8bd073c&view=att&th=137131c30a1de4fe&attid=0.1&disp=inline&safe=1&zw&saduie=AG9B_P-9paM0egr98iQT_8pcGMBz&sadet=1336102967702&sads=0eHHt7CZyQBqie5CoprJ5dEfU6A


Sejak semalam, 3.5.2012 harga emas jatuh dengan agak ketara, dimana 1 ouns diniagakan pada harga USD1635. Lantas, harga di Public Gold pun turut serta turun. Nilai satu dinar yang biasanya berlegar di sekitar RM740-750 turun serendah RM725 sahaja. Nah inilah masanya untuk membeli dengan kuaniti yang lebih kan..? Kepada mereka yang dah membeli sebelum ini, janganlah panik dan gundah gulana kerana fenomena ini. Ini adalah perkara biasa dalam dagangan komoditi, tertakluk kepada permintaan dan penawaran. begitu juga emas bergantung kepada spekulasi pasaran saham antarabangsa. Emas adalah aset berharga. Dibeli dan disimpan. Jika kita dapat membeli di waktu ini, mungkin ada sedikit kelebihan kerana bila harganya naik nanti di masa depan, secara realtifnya keuntungan kita lebih banyak.




Jom...dapatkan dinar atau bar anda hari ini !!!