1.
Emas ialah kekayaan yang sebenarnya.
2.
Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa
panjang.
3.
Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka
masa panjang.
4.
Aset yang terunggul.
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan.
Pelaburan
emas secara fizikal.
Pelaburan
emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:
1.
Syiling emas
2.
Jongkong emas
3.
Barang kemas
Daripada
3 kategori emas fizikal ini, cuma syiling emas dan jongkong emas boleh
dikategorikan
sebagai
emas pelaburan. Sebagai emas pelaburan, syiling emas dan jongkong emas memiliki
kelebihan-kelebihan
berikut:
1.
Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.
2.
Mudah dibawa.
3.
Mudah ditunaikan.
4.
Mempunyai susut nilai yang rendah.
5.
Boleh digadaikan.
Kebanyakan syiling emas yang dijual untuk tujuan pelaburan mempunyai
berat yang standard iaitu ukuran berat di dalam troy ounce. Satu ounce bersamaan dengan 31.1g. Bagi
jongkong emas pula biasanya beratnya diukur di dalam kiraan gram. Barang kemas
bukanlah pelaburan emas yang terbaik jika dibandingkan dengan syiling dan
jongkong emas. Ini kerana terdapat kos upah untuk membuat barang kemas
tersebut. Jika anda hendak menjual kembali kembali barang kemas tersebut maka
anda dikenakan susut nilai yang
tinggi iaitu di antara 25 % sehingga 40%. Namun begitu, jika anda
berminat untuk membuat pelaburan emas melalui barang kemas maka saya cadangkan
anda membaca topik membuat pelaburan emas melalui barang kemas. Ia bagi
memastikan anda boleh memaksimakan pulangan daripada barang kemas anda.
No comments:
Post a Comment