Apa khabar anda semua..kepada sahabat2 yang selalu mengikuti harga emas, sudah tentu mengorak senyum nan panjang lebar sekarang...apa tidaknya, harga logam berharga ini sudah mula menaiki puncak. Jika direnung kembali sewaktu harganya jatuh di sekitar bulan Mei lalu, ramai yang agak menyesal kerana tidak membuat belian waktu itu. Ya lah..harga 1 dinar turun serendah RM675!!!
Kini, empat bulan sudah berlalu, memasuki bulan September kita dapat melihat kenaikan harga emas dunia setelah krisis ekonomi di Eropah semakin pulih.Kini satu ounce bernilai USD1773...bayangkan..! Lihat gambar di bawah.
Jika anda sudah membeli dulu..mungkin anda boleh menjualnya sekarang..atau anda boleh tunggu dan lihat, mungkin harga akan terus meningkat sehingga USD1800 satu ounce. Kita tunggu dan lihat...!