Sunday, September 23, 2012

Harga Emas Mula Naik...

Assalamualaikum...
Apa khabar anda semua..kepada sahabat2 yang selalu mengikuti harga emas, sudah tentu mengorak senyum nan panjang lebar sekarang...apa tidaknya, harga logam berharga ini sudah mula menaiki puncak. Jika direnung kembali sewaktu harganya jatuh di sekitar bulan Mei lalu, ramai yang agak menyesal kerana tidak membuat belian waktu itu. Ya lah..harga 1 dinar turun serendah RM675!!!

Kini, empat bulan sudah berlalu, memasuki bulan September kita dapat melihat kenaikan harga emas dunia setelah krisis ekonomi di Eropah semakin pulih.Kini satu ounce bernilai USD1773...bayangkan..! Lihat gambar di bawah.


Dan lihat graf yang saya quote dari www.pelaburjutawan.com di bawah ini...


Jika anda sudah membeli dulu..mungkin anda boleh menjualnya sekarang..atau anda boleh tunggu dan lihat, mungkin harga akan terus meningkat sehingga USD1800 satu ounce. Kita tunggu dan lihat...!

Friday, August 31, 2012

Macam mana nak mulakan pelaburan emas fizikal..?

Langkah pertama melabur emas dengan modal minimum melabur emas fizikal dalam pelaburan emas fizikal public gold adalah dengan menjadi pelanggan public gold atau menjadi customer public gold.Cara nak mula melabur emas fizikal,beli emas atau jadi pelanggan public gold dalam pelaburan emas public gold Malaysia ini adalah bagi anda yang ingin membeli emas public gold dan menyimpan emas sebagai pelaburan yang menguntungkan dalam jangkamasa sederhana atau jangkamasa panjang. Modal untuk anda mula melabur emas fizikal adalah hanya dengan membeli sekurang-kurangnya 1 dinar emas yang berharga lebih kurang RM730 . Langkah-langkah nak mula melabur emas dan menjadi pelanggan public gold adalah :

1.  Tengok harga emas semasa  dengan melayari http://www.publicgold.com.my yang berubah setiap 20 minit mengikut harga emas dunia iaitu platform KITKO.COM .Harga emas fizikal public gold terdiri daripada jongkong emas atau gold bar emas 999.9%, syiling dinar emas 916, i-series emas 916 dan D-series barangan kemas  emas 916.


2. Pilih jenis produk emas public gold yang anda kehendaki  dan hantar SMS atau emel kepada saya Abangcik 019-4162343 dengan menyertakan NAMA PENUH ANDA,NOMBOR KAD PENGENALAN,NOMBOR HANDPHONE,EMEL ,JENIS EMAS YANG MAHU DIBELI dan CAWANGAN PUBLIC GOLD TERDEKAT ANDA untuk anda bayar dan ambil stok emas anda tersebut.Saya akan lock harga beli emas tersebut untuk anda dan daftarkan nama anda sebagai pelanggan public gold dimana pun anda berada kerana public gold mempunyai cawangan seluruh negeri dalam Malaysia. Apabila anda sudah menjadi pelanggan public gold atau customer public gold dan mempunyai kod pg, anda akan dapat mengunci atau lock harga beli emas atau lock jual emas di internet atau SMS.

3. Pihak public gold akan menghubungi anda untuk pengesahan apabila saya telah lock harga beli emas untuk anda.

 4. Semak email anda apabila pihak public gold telah menghubungi anda untuk mendapat Sales Order (S.O) pembelian emas yang dihantar oleh pihak Public Gold dan tercatat senarai jumlah belian emas, nombor kod pg anda dan nombor akaun Public Gold Marketing Sdn Bhd, Maybank berhad iaitu 5071-3410-4563 dan Public Bank berhad 3167-52-0833. Jika anda membeli emas kurang daripada RM3000 anda boleh bayar tunai dan dapat mengambil stok emas anda di cawangan public gold yang terdekat yang anda pilih.Jika belian emas anda melebihi RM3000 anda perlu bank in jumlah belian emas tersebut ke akaun maybank atau public bank PUBLIC GOLD MARKETING SDN.BHD kerana cawangan public gold hanya menerima tunai maksimun RM3000 sahaja.

 5. Bayar tunai jika belian emas anda kurang dari RM3000 di cawangan public gold berdekatan anda dan seterusnya dapat mengambil stok emas fizikal anda. Jika belian emas anda melebihi RM3000 anda perlu bank in atau deposit cash ke akaun maybank atau public bank PUBLIC GOLD MARKETING SDN.BHD dan tunjukkan resit slip bank in tersebut di cawangan public gold untuk mengambil stok emas anda. Anda di beri masa selewat-lewatnya TGA hari dari tarikh Sales Order untuk membayar belian emas tersebut.Public gold menyediakan alat pemeriksa ketulinan emas,density meter testing di setiap cawangan public gold.Anda boleh memeriksa atau check ketulinan emas yang telah dibeli secara percuma di semua cawangan public gold. Pelanggan public Gold atau customer public gold akan diberi nombor KOD PG yang terdapat pada Sales Order (S.O)  yang saya lock harga beli emas pertama untuk membolehkan anda lock harga beli emas atau lock harga jual emas sendiri di website public gold atau SMS dan apabila anda cukup modal RM20k anda boleh lock harga beli emas sendiri untuk menjadi dealer public gold.

Jika anda membuat belian sebanyak RM20000 dalam satu resit, anda secara automatik menjadi Normal Dealer dengan komisyen sebanyak 1%.

Ok selamat melabur...!!

Thursday, August 9, 2012

Adakah anda mempunyai masalah seperti ini...

  • Nak melabur emas tapi terjebak pula dengan SKIM EMAS
  • Tak Tahu nak melabur dengan Syarikat pelaburan Emas yang terbaik?
  • Tak tahu membezakan diantara melabur emas dan menyimpan emas?
  • Nak melabur Emas dan Perak tapi takde ilmu ? Zero ? nak tanya kawan-kawan pun mereka tak tahu
  • Harga Emas naik setiap tahun, tapi tak pernah dapat merasai keuntungan
  • Setiap tahun jiran sebelah rumah  yang melabur dalam ASB tukar perabut baru guna keuntungan dari Dividen, kita yang melabur emas ni ?
  • Tahu nak beli emas masa harga rendah , tapi tak tahu bila pulak masa nak jual?

Ya...kebanyakan dari kita apabila mula berjinak dengan emas, inilah persoalannya. Tetapi percayalah, dengan berkat kesabaran dan ingin melihat masa depan yang lebih cerah..kita akan ada jawapannya nanti. Carilah ilmu...skrollah blog ini...insyaAllah sedikit sebanyak ada jawapannya.

Jom....mulakan langkah anda hari ini!! Tengok graf di atas..jika anda mulakan hari ini...anda akan lebih awal berjaya, insyaAllah!!

Friday, June 8, 2012

Tujuan membeli,menyimpan dan melabur emas

 1. Syiling emas dan perak sebagai insurans (non-investment)
 2. Emas dan perak sebagai rizab kerajaan bagi menyokong nilai matawang negara (non-investment)
 3. Emas dan perak sebagai satu pelaburan apabila tiba masa yang tepat dan sesuai.


Huraian:

 1. Emas dan perak sebagai insurans. Kita perlu memiliki emas dan perak sebagai persediaan terhadap situasi-situasi yang tidak terjangka. Sebagai contoh, berlakunya rusuhan, peperangan, hyper inflasi atau virus komputer dimasukkan ke dalam komputer bank negara menyebabkan wang di dalam sistem perbankan lesap. Hm… nampak macam susah nak berlaku.. tapi ada kemungkinan untuk berlaku. Jadi, ianya lebih kepada insurans. Seperti insurans rumah dan kereta, ianya bertujuan melindungi kekayaan kita, just in case tragedi berlaku. Ini kerana apabila wang kertas tidak boleh digunakan maka emas dan perak boleh digunakan sebagai wang.

 2. Emas dan perak sebagai rizab menyokong nilai matawang negara (non-investment) Emas dan perak telah lama menjadi penyokong nilai matawang sesebuah negara. Amerika Syarikat sebagai contoh dahulunya mempunyai standard emas dan perak yang tersendiri di mana setiap US Dollar yang dicetak akan disokong oleh nilai emas/perak yang sama nilainya di dalam simpanan. Sehingga tahun 1934, sesetengah wang kertas Amerika boleh ditukar dengan emas/perak yang sama nilainya. Pada tahun 1971, Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Richard Nixon telah mengistiharkan bahawa USD tidak boleh ditukarkan dengan emas. Jadi emas dan perak tidak lagi digunakan untuk menambat nilai matawang USD. Hasilnya ialah wang fiat iaitu wang yang tidak disandarkan kepada mana-mana aset yang bernilai. Nilai wang berdasarkan persepsi pengguna bahawa ianya adalah wang dan bernilai. Wang fiat cuma bernilai kerana arahan/paksaan pemerintah. Kalau dalam konteks Malaysia pulak.. senang jer.. cuba saudara/i renung kat duit kertas kita. Nampak tak perkataan nie: “WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI”… hehehe.. wang kertas Malaysia pun ialah wang fiat. Ini kerana kertas itu sendiri tidak ada nilai… yang menyebabkan matawang kita bernilai ialah kerana undang-undang yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia mengiktiraf kertas bercetak itu sebagai wang. Apa akan jadi jika wang fiat tidak diiktiraf kerajaan? Jawapannya.. wang tu tak laku lah… Ingat tak lagi kisah syiling RM1? mesti ingat kan? dulu kita selalu guna syiling RM1 nie untuk beli apa-apa. Namun, mulai 7 Disember 2005 syiling ini telah diistiharkan tidak sah diperlakukan oleh Bank Negara Malaysia dan dikeluarkan dari pasaran.



 3. Emas dan perak sebagai satu pelaburan apabila tiba masa yang tepat dan sesuai. Bagi Howard Ruff, apabila tiba masa yang tepat, emas dan perak boleh menjadi pelaburan yang sangat menguntungkan. Kita mendapat keuntungan apabila membeli pada harga rendah dan menjual semula pada harga yang tinggi. Soalan? Bila masa yang tepat untuk membeli emas? Jawapan: Sekarang! Ruff menjangkakan akan berlaku kenaikan tinggi harga emas dalam tempoh 8 – 13 tahun (daripada tahun 2006). Sebarang pelaburan di dalam emas dan perak akan memberikan pulangan yang sangat lumayan kepada pelabur. Beliau juga berkata, sesiapa yang tak memperdulikan emas dan perak sekarang akan rugi besar.  Kata-kata Ruff yang dipetik dari bukunya. So sedara dan sedari sekalian, marilah kita bersedia mengaut keuntungan daripada pelaburan emas dari sekarang. Apapun harga emas sekarang.. kita beli ajer… sebab dalam jangka masa panjang kita tetap akan untung ..... 

Justeru antara emas fizikal dan duit kertas, yang mana pilihan anda..!

 
Dipetik daripada jutawanemas.com

Saturday, June 2, 2012

Kita Perlu Berubah..!

Sahabat2 dan rakan sekalian....
Ramai di antara kita yang mempunyai pendapatan yang boleh dikatakan stabil setiap bulan. Namun adakah dengan pendapatan itu dapat menjamin kehidupan kita di masa depan. Rata2 kita tidak mempunyai skill ' financial planning' yang mantap. Sudahkah kita bersedia untuk menghadapi hari2 muka...

Walau pendapatan kita tak seberapa namun jika pandai menguruskan kewangan, kita mungkin lebih kaya daripada mereka yang berpendapatan lebih tinggi daripada kita.

Berikut adalah 4 sebab mengapa ramai orang susah untuk menjadi kaya dan bagaimana kita semua tidak menjadi seperti mereka!

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #1 : Menunggu Untuk Bermula
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=

Hampir semua orang tidak mahu menunggu untuk berjaya. Tetapi, pada masa yang sama, mereka sanggup menunggu untuk mula melangkah ke arah kejayaan.
Nampakkah anda  masalahnya disini?
Lagi lama anda  menunggu untuk bermula, lama lagi untuk anda  menjana wang, kejayaan dan gaya hidup yang anda mahukan.
Ramai orang yang menunggu sehingga semuanya sempurna sebelum mereka bertindak. Oleh sebab itu, mereka tidak akan bergerak dan tidak akan mendapat apa - apa ganjarannya.


Tiada perlumbaan yang akan dimenangi (atau diakhiri) oleh seseorang yang tidak melepasi garis permulaaan.

Jangan menunggu untuk bertindak. Mulakan hari ini dengan melangkah ke arah kejayaan. FAST ACTION FAST RESULT !

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #2 : Ilmu Kewangan Yang Teruk
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Kunci kekayaan terletak kepada pemahaman tentang aset dan liabiliti.
Perbezaanya saya ringkaskan disini: Aset adalah sesuatu yang masukkan duit kepoket anda .

Hutang pula ialah sesuatu yang keluarkan duit dari poket anda

Aset : Wang masyuk
Liabiliti: Wang keluar

Ramai orang yang berfikir bahawa rumah, kereta dan harta benda adalah aset mereka.Tetapi, yang sebenarnya ialah hampir semuanya menyebabkan anda  keluarkan wang dari poket anda sendiri .
Mereka MAHUKAN wang daripada anda  Mereka tidak BERIKAN anda  wang.
Oleh itu, daripada definisi diatas, semuanya itu adalah
liabiliti = hutang!.

Bila anda  mempunyai wang yang banyak MASUK daripada aset yang sebenar daripada wang yang KELUAR untuk membayar liabiliti, anda  akan bebas dari segi kewangan. Hanya terdapat satu cara untuk anda  lakukannya. Dan ianya membawa kita kepada...KEBEBASAN KEWANGAN

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #3 : Fokus kepada pendapatan aktif daripada pasif
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=

Salah seorang jutawan yang saya kenali pernah memberi nasihat dengan selamba. Beliau berkata "Jika anda tidak buat duit semasa tidur, anda tidak akan kaya."

Pendapatan aktif adalah gaji yang anda  dapat daripada bekerja. anda  bekerja sejam dan mendapat bayaran untuk sejam bekerja dan sampai disitu sahaja.
Pendapatan pasif ialah anda bekerja sekali sahaja tetapi terus mendapat bayaran tanpa putus daripada kerja yang tidak lagi anda  lakukan.

Dengan membuat pelaburan atau mencipta aset sebenar yang memberikan pendapatan pasif   adalah tiket untuk anda menuju kekayaan.

Sebab #4 : Tidak cukup sabar dan tiada keazaman
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~~=~=~=~=~=

Untuk menamatkan apa juga perlumbaan, anda  mesti memecut daripada garisan permulaan dan mengikut terus sehingga ke garisan penamat.

Ramai orang yang mencipta kegagalan mereka samada tidak bermula langsung atau tidak tamatkan, atau kedua-duanya sekali.

Untuk menjana kekayaan, berjaya dan hidup bahagia anda  mestilah mempunyai kesabaran dan keazaman untuk tiba ke garisan penamat. adriana bukan sahaja perlu bermula, tetapi mesti tabah mengharungi semuanya.

Bunyinya mungkin sudah jelas, tetapi ianya masih menjadi punca kegagalan sesorang.

Sebab itulah jika anda  sanggup menyertai 5 peratus mereka yang mengikut 4 perkara diatas, anda mempunyai peluang yang besar untuk menempa kejayaan dan kemewahan.
Ianya cukup mudah...anda hanya  perlu membuat keputusan untuk mengikut perkara diatas dan lihat perubahan pada kehidupan anda nanti.

Tetapi, jika tidak, seperti kebanyakkan orang lain anda tetap seperti sekarang, sama seperti dulu.

Inilah masanya untuk anda  membuat keputusan. Tidak mahukah anda  menjana kewangan yang lumayan dengan menjalankan perniagaan emas ?
Jalan sudah saya tunjukkan...tunggu anda untuk bertindak saja.

KEPUTUSAN ANDA HARI INI  PENENTU KEJAYAAN ANDA ESOK HARI...

Friday, June 1, 2012

Kata2 Pakar Ekonomi

Orang mulai panik. Pada Ogos 6, 2011, orang mula menjual
pegangan mereka kena mereka takut akan prospek ekonomi negara.

Tan Teng Boo, pengarah urusan Capital Dynamics Asset Management
Sdn Bhd pernah berkata kepada Business.fm bahawa:

" the broad national interest is not really taken care off."

dan satu lagi:

"we don't have a statesman who are able to look beyond narrow interest "

Anda boleh lihat temu ramah beliau dengan Business.fm di:

http://www.youtube.com/watch?v=BHiNgmW8wDE

Dua penyataan itu sahaja sudah menunjukkan betapa banyaknya
masalah yang terselindung di sebalik apa  yang ditunjukkan media.

Pelbagai perkara boleh berlaku terutama sekali sekarang.
Pada 8 Ogos 2011, RM31 bilion nilai telah dikeluarkan dari
stok di Bursa Malaysia.

Dan itu baru permulaan. Kita terlalu terdedah dengan risiko
di Eropah dan Amerika syarikat. Mereka antara pelabur terbesar
di Malaysia.

Kalau rumah mereka terbakar, rumah kita pun akan terkena juga.
Kalau tak hangus, mungkin atap kita terbakar. Itu perumpaan
yang sesuai mengenai keadaan ekonomi sekarang. Ianya tidak
semakin bagus, tapi semakin buruk. Semakin banyak rumah terbakar.

Sudahkah kita semua bersedia..jika belum anda tahu apa yang sepatutnya dilakukan !!

Wednesday, May 23, 2012

Beli Emas Sekarang..!

Peningkatan harga emas dari tahun 2008 hingga sekarang. Lihat pada garisan  tanda beli dan jual. Lihat graf di bawah pula.


Ini adalah nasihat dan pandangan daripada mereka yang mahir dalam analisa teknikal harga emas. Harga akan kembali kepada paras tertinggi,dianggarkan dalam bulan Ogos dan September nanti ekoran  musim perayaan, di mana permintaan terhadap emas akan meningkat. Jika dilihat terhadap trend di atas, jika anda bertindak sekarang dengan membeli samaada bar atau dinar, maka potensi untuk meraih keuntungan adalah besar. Mulalah dengan mengikut kemampuan anda. Apa yang pasti, peluang seperti ini jarang berlaku. Jika anda bermula di sini, untungnya akan lebih kerana anda bermula di paras harga yang sangat minimum, berbanding dengan mereka yang telah membeli di waktu harga agak tinggi.

Ingat..! Harga akan mencecah garisan atas dalam satu atau dua bulan lagi dengan keuntungan melebihi 10%, kerana selalunya harga emas ni setelah ia turun dengan banyaknya, maka akan berlaku 'rebound' di mana harga akan melonjak tinggi selepas itu. Maka inilah peluang anda untuk bermula.

Emas di tangan kanan, perak di tangan kiri...buatlah satu keputusan yang bijak demi masa depan. Keputusan anda hari ini penentu kejayaan masa depan.



Anda lihat graf di bawah pula...sejarah emas memang macam putaran roda...selepas jatuh akibat apa2 krisis, harganya akan melonjak...kita tunggu dan lihat selepas krisis Eropah yang sedang berlaku ini..dan anda lihat harganya sudah mula 'rebound'...dua hari lepas sekeping dinar hanya RM698, hari ini telah melonjak ke RM730....sementara 2 hari 'trading closed' anda boleh locked harga di public gold kerana apabila trading dibuka semula pada hari Isnin, harganya tentu akan naik lagi...



 Download penerangan Ustaz Zaharuddin tentang pelaburan emas di sini


Keistimewaan Public Gold anda boleh berurusan secara online 24 jam. Booking, buat bayaran dan ambil barang. Sungguh mudah..! Untuk membeli anda perlu membuka akaun dahulu ..samada daftar secara online atau pergi sendiri ke pejabat Public Gold yang terdekat dengan anda. Anda boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut di 0194162343 atau emel abangcik2010@gmail.com . Jika anda mendaftar di pejabat public gold, sila nyatakan no PG016023 sebagai introducer anda..semoga kita sama2 berjaya. Semoga kita lebih kaya dan berjaya, insyaAllah..!!

Saturday, May 19, 2012

Emas: Simpanan Atau Pelaburan..?

Bila saya bercakap tentang emas kepada rakan2, ramai yang masih kurang jelas dengan peranan emas dalam menjaga kepentingan aset seseorang. Emas dijadikan sandaran kepada kekayaan seseorang..Anda setuju? Ramai yang bertanya, kalau beli berapa lama harus disimpan..kalau untuk tujuan melabur bila perlu dijual..? 

Emas sebagai simpanan:
Kita tahu yang emas adalah logam yang sangat bernilai ciptaan Allah SWT. Ia telah dijadikan matawang sejak zaman dulu malah telah dicerita dalam hadis-hadis nabi. Maka tidak hairan, emas dijadikan kayu ukur kekayaan seseorang itu. 

Di Malaysia, kesedaran tentang pentingnya menyimpan aset yang kalis inflasi mula meningkat di awal 2008, setelah krisis ekonomi dunia melanda dan emas waktu itu agak rendah harganya. Melihat kepada trend terdahulu yang menyaksikan peningkatan harga emas setiap tahun menjadikan ia semakin dicari. Tujuan menyimpan emas ialah untuk melindungi aset kita, kerana jika menyimpan semua  harta kita yang ada dalam bentuk matawang kertas...apa akan jadi jika tiba2 matawang kita jatuh teruk dan inflasi meningkat tinggi..sudah tentu kuasa membeli kita akan turun. Duit yang kita simpan dalam bank2 dah makin kekurangan nilainya.

Justeru, emas adalah satu komoditi yang insyaAllah dapat menjaga harta kita. Bagaimana...? Kita azamkan satu tekad. Setiap bulan kita harus membeli emas, sekurang-kurangnya satu dinar. Kalau 12 bulan, kita dah ada 12 dinar...Kita buat belanjawan kita sendiri.

Satu lagi petua atau cadangan yang diberi oleh sifu2 emas melalui ceramah seminar mereka iaitu jika kita mempunyai simpanan yang banyak di Tabung Haji atau ASB..kita boleh keluarkan 20-30% daripada duit itu untuk membeli emas fizikal. JANGAN KELUARKAN semua sekali kerana kita masih memerlukan aliran tunai dalam urusan seharian kita...Jika kita dapat istiqamah sekeping dinar setiap bulan dari duit lebihan kita, 10 tahun akan datang kita mempunyai 120 keping dinar. Jika hari ini sekeping dinar Public Gold berharga di sekitar RM705, dijangkakan pada tahun 2020 harga sekeping dinar ini akan melonjak menjadi RM2000 ( berdasarkan andaian harga emas akan melonjak ke RM500/gram)..

Lonjakan harga emas sejak 10 tahun lalu


Emas sebagai pelaburan:
Pelaburan dikaitkan dengan urusan mengeluarkan modal dan mengharapkan keuntungan daripadanya. Selain daripada menyimpan, emas juga dijadikan satu komoditi pelaburan. Konsep pelaburan dengan emas fizikal ini ialah beli di waktu murah dan jual pada waktu harganya lebih tinggi. Contoh yang sering diberikan oleh sifu2 emas ialah memberi tempoh setahun untuk menjual balik emas yang kita beli atau pun bila2 jika harganya lebih tinggi dari harga belian. Cth:-

Mei 2012 Harga sekeping 5 dinar public gold ialah RM3400. Kita beli sebanyak 6 keping bernilai RM20400 ( dah boleh jadi dealer tu....;-) ) Spread atau susut nilai bagi 5dinar ini ialah 5.5%. Kita simpan dinar ini hingga Mei 2013, tengok balik pada harga We Buy public gold. Katakanlah harga pada waktu itu RM3800..maka kita darabkan dengan 6 keping, kita dapat RM22800. Maka untung bersih kita ialah RM2400 iaitu lebih kurang 11% setahun...sudah tentulah jika melabur lebih maka keuntungnnya pun lebih.

Langkah seterusnya kita kita jual kesemua dinar tadi, dapat RM22800, kita ambil RM2400 untuk tujuan perbelanjaan dan duit modal RM20400 tadi kita beli emas semula. Memanglah kita tak akan dapat balik 6 keping 5 dinar tadi, tapi "rolling " balik RM20400 tadi sebagai modal beli emas semula, dan buatlah begitu utk tahun2 berikutnya. Atau bila2 harga emas melonjak tinggi kita boleh jualnya..
Ingat ! Konsep pelaburan ialah BELI MASA MURAH JUAL BILA HARGA LEBIH DARI MODAL !!!

Ok selamat menyimpan dan melabur.

Abangcik2010,
19.5.2012

Saturday, May 12, 2012

Menjadi Dealer Public Gold

Sebenarnya dulu, saya tak pernah bermimpi pun nak jadi dealer. Beli emas pun sebagai satu alternatif untuk menyimpan aset masa depan. Hajat di hati hanya ingin membeli emas setiap kali dpt gaji..sekurang-kurangnya 1 dinar setiap bulan. Namun, segalanya berubah apabila Public Gold membuka cawangannya berdekatan dengan rumah di bandar Alor Setar. Ini kerana berurusan dengan PG memang mudah...bila melihat simpanan agak cukup melebihi daripada yang kita perlukan utk belanja dalam 3-4 bulan, lalu saya terfikir. Duit itu memang akan terperap di TH saja..semakin lama nilai RM kertas ni semakin mengecil. Lagipun dgn menjadi Normal Dealer, setiap belian kita akan dapat komisyen sebanyak 1%. Lalu saya nekad, dengan membuat pembelian satu resit RM20K..terus jadi dealer. 
Alhamdulillah, sejak menjadi dealer, kadang2 kita tak perlu mencari sangat customer ni..depa yang akan call kita utk lock harga emas ni...Permulaannya, kita just bagi info sikit tentang kepentingan emas ni...cth ;utk masa depan anak2 kita..ramai yang memberi respons yang positif..

Kerana, saya dah azamkan untuk membeli setiap bulan, dengan menjadi dealer sekurang-kurangnya kita mendapat sedikit pulangan daripada simpanan kita itu. Kalau tak nak menjual cari customer pun tak kisah kerana niat kita hanya untuk menyimpan...


Emas Pelaburan Jangka Panjang
Dan yang pastinya, emas ni adalah pelaburan jangka panjang..betulkan? sebulan dua tu harga emas naik turun tu kira normal la kan..

ASB pon bleh sabaq sampai setahun kan..takkan la dengan emas ni takleh nak tunggu sat…heehhe
Lagipun menyimpan emas ni bleh elak kecairan wang..bet0i dak? bila kita nak beli sport rim la contohnya,..katakan harga sport rim dalam RM1350 tapi kita mesti p ASB keluarkan RM1500. Kan?? mesti nak keluarkan lebih sikit kan?? Tapi kalau dengan emas, buat kita pikiaq 2-3 kali..iskk aku beli ni dlu murah je..sayang la nak juai emas ni semata2 nak beli sport rim..haaa..lain woo..tak caya try la beli emas..ehhehe

Ok la..nasihat saya kepada anda semua, beli la emas sekarang ni..tambah tambah time harga macam kat bawah ni ha..sebab harga yang murah macam ni biasanya tak lama :-) 

 

Public Gold Price (24 Hours Live)

(Last updated 2012-05-12_16:35:39)
 PG SellPG Buy
(Inclusive all costs, FOB Ex Penang, Malaysia)
10 gramRM 1,720.00RM 1,582.00
20 gramRM 3,407.00RM 3,203.00
50 gramRM 8,479.00RM 8,012.00
100 gramRM 16,878.00RM 16,034.00
250 gramRM 41,997.00RM 40,107.00
500 gramRM 83,994.00RM 80,214.00
 
1 DinarRM 698.00RM 657.00
2 DinarRM 1,397.00RM 1,313.00
5 DinarRM 3,477.00RM 3,286.00
10 DinarRM 6,923.00RM 6,576.00
 
i-Series 22K Jewellery
5 gramRM 799.00RM 719.00
10 gramRM 1,598.00RM 1,439.00
20 gramRM 3,197.00RM 2,877.00
50 gramRM 7,992.00RM 7,193.00
100 gramRM 15,983.00RM 14,385.00
 
D-Series 22K Jewellery
1 gramRM 163.79RM 134.31

Daily Silver Chart

Public Silver Price (24 Hours Live)

(Last updated 2012-05-12_16:35:39)
 PG SellPG Buy
100 gramRM 361.00RM 307.00
250 gramRM 899.00RM 773.00
500 gramRM 1,791.00RM 1,558.00
1 kilogramRM 3,567.00RM 3,139.00
 
10 DirhamRM 120.00RM 101.00
(Inclusive all costs, FOB Ex Penang, Malaysia)       

12.5.12



Thursday, May 10, 2012

Bagaimana Nak Lock Harga atau Order..

Jika anda sudah memiliki akaun di public gold..anda sudah boleh berurusan secara online.

1.Langkah 1: Buka http://www.publicgold.com.my/v1/,
                     tengok harga terkini yang terletak di sebelah kanan website.

2. Log in

3. Klik order

4. Pilih emas pilihan anda. Untuk permulaan, saya cadangkan beli dulu sekeping dinar kerana ia item paling murah dan susut nilai cuma 6%.

4. Pilih cara bayaran, bank dan pejabat PG yang anda akan ambil barang.

5. Klik order.

6. Automatic emel akan dihantar kepada alamat emel anda bahawa tempahan diterima. Sila tunggu emel Sale Order, SO seperti berikut:


7.  Buat Bayaran: 
                        Bila terima SO, pastikan anda buat bayaran dengan cara bank-in duit ke akaun Public Gold (Maybank, Public Bank, Bank Islam) dalam masa 24 jam ataupun 1 hari bekerja. Pastikan anda simpan bank-in slip atau bukti bayaran ORIGINAL baik-baik. Public Gold tak akan benarkan barang diambil tanpa bukti bayaran original.

8.  Ambik Emas:


                  Anda boleh ambik emas selepas 3 hari dari tarikh Sales Order dikeluarkan. Jangan lupa bawa sekali (1) Bukti bayaran original, dan (2) Salinan Sales Order. Kalau nak datang ambik sebelah petang, call dulu office Public Gold sebelah pagi, bagi no. Sales Order (e.g. PM2-006523) untuk dia semak samada dah boleh ambik ke belum, dan yang keduanya, supaya dia boleh proses awal-awal. Tak perlu menunggu lama-lama di office Public Gold untuk dapat emas tu.

Itulah langkah2 yang anda boleh buat sendiri tanpa melalui dealer. Yang penting perlu ada akaun dulu dengan mendaftar seperti di link "Panduan Melabur di Public Gold"
Semoga anda lebih berjaya dengan emas...insyaAllah.

Abangcik 2010
11.5.2012/ 19 Jamadil Akhir 1433

Kempen 1 Rumah 1 Dinar...

Emas masih di tahap harga terendah sepanjang minggu ini. Sila baca link ini untuk mengetahui kenapa harga emas jatuh pada minggu ini. Untuk rakan2 yang memberi hujah bahawa mereka akan mula membeli emas jika harga emas jatuh, nah inilah masanya untuk mula memiliki logam berharga ini. Jom tanamkan azam untuk memiliki sekurang-kurangnya sekeping dinar untuk disimpan. Harga dinar hari ini serendah RM701..betapa murahnya. Jika sebelum ini, harga sekeping dinar bermain di sekitar RM740-750 kini harga turun menjunam sehingga RM701...

Jom buka akaun anda secara online dan kenal pasti  pejabat Public Gold yang berdekatan dengan anda. Ini untuk memudahkan anda mengambil emas yang anda telah order. Klik di link sebelah kanan, panduan melabur/menyimpan di public gold. Dengan adanya akaun, anda boleh lihat, log in dan lock harga emas. Tunggu emel daripada pihak PG dan buat bayaran.

Jom.. sempena dengan kejatuhan harga emas ini, tanamkan azam untuk memiliki sekurang-kurangnya 1 dinar di setiap rumah.  
Ingatlah bahawa kekayaan sebenar adalah dengan memilki emas fizikal.


Thursday, May 3, 2012

Emas Jatuh Minggu Ini...

https://mail-attachment.googleusercontent.com/attachment/?ui=2&ik=34d8bd073c&view=att&th=137131c30a1de4fe&attid=0.1&disp=inline&safe=1&zw&saduie=AG9B_P-9paM0egr98iQT_8pcGMBz&sadet=1336102967702&sads=0eHHt7CZyQBqie5CoprJ5dEfU6A


Sejak semalam, 3.5.2012 harga emas jatuh dengan agak ketara, dimana 1 ouns diniagakan pada harga USD1635. Lantas, harga di Public Gold pun turut serta turun. Nilai satu dinar yang biasanya berlegar di sekitar RM740-750 turun serendah RM725 sahaja. Nah inilah masanya untuk membeli dengan kuaniti yang lebih kan..? Kepada mereka yang dah membeli sebelum ini, janganlah panik dan gundah gulana kerana fenomena ini. Ini adalah perkara biasa dalam dagangan komoditi, tertakluk kepada permintaan dan penawaran. begitu juga emas bergantung kepada spekulasi pasaran saham antarabangsa. Emas adalah aset berharga. Dibeli dan disimpan. Jika kita dapat membeli di waktu ini, mungkin ada sedikit kelebihan kerana bila harganya naik nanti di masa depan, secara realtifnya keuntungan kita lebih banyak.




Jom...dapatkan dinar atau bar anda hari ini !!!






Tuesday, April 17, 2012

Pentingnya Dinar Dan Dirham

Mengapa Dinar-Dirham begitu penting..??? Terdapat beberapa alasan
tentang penggunaan mata wang dinar Islam dalam menuju kestabilan
sistem kewangan:


1.Wang yang stabil. Perbezaan wang dinar-dirham dengan wang
fiat adalah kestabilan nilai wang tersebut. Setiap mata wang
dinar mengandung 4.25 gram emas 22 karat dan tidak ada perbeaaan
ukuran emas yang dikandung dinar pada setiap negara, tidak ada
perbezaan nilai dinar yang digunakan di Iraq dengan dinar yang
digunakan di negara Arab saudi. Wang dinar tidak mengalami
inflasi semenjak zaman Rasulullah Sallallahu ’Alaihi Wassallam
hingga sekarang.


Sebuah penelitian telah dilakukan oleh professor Roy Jastram dari
Berkeley University dengan menulis buku tentang The Goldent
Constant. Ia melakukan penelitian harga emas terhadap beberapa
komoditi dalam jangka masa 400 tahun hingga 1976. hasil dari
penelitiannya adalah bahawa harga emas didapati konsisten dan
stabil. Sekalipun telah terjadinya krisis sepanjang waktu itu
seperti perang, dan bencana alam nilai emas tetap stabil secara
relatif.


2.Alat tukar yang tepat. Dengan adanya nilai yang stabil
dan standard yang sama di setiap negara, dinar-dirham akan
memberikan kemudahan dan kelebihan bagi masyarakat untuk
melakukan transaksi domestik dan transaksi antarabangsa
sekalipun. Dinar adalah mata wang yang berlaku secara sendirinya,
berbeza dengan fiat money sebagai legal tender yang memerlukan
pengesahan yang ditentukan oleh pemerintah yang mencetaknya. Wang
dinar emas adalah wang yang sudah dikenal selama berabad-abad,
sehingga tidak diperlukan proses penghalalan dan pengesahan
sebagai wang.


3. Mengurangi Spekulasi, Manipulasi dan Arbitrasi. Nilai dinar
yang sama akan mengurangi peningkatan spekulasi dan arbitrasi di
pasaran mata wang asing, kerana kemungkinan perbezaan nilai tukar
yang sulit terjadi. Jika dinar sudah menjadi “single
currency” yang sama di setiap negara, maka tidak akan ada
perbezaan nilai dinar di setiap negara yang memberikan keuntungan
yang besar kepada para spekulator-spekulator tersebut.


4.Karena setiap transaksi Dinar dan dirham akan didasari oleh
transaksi di sektor riil, maka penggunaannya  dapat meminimumkan
kemelesetan ekonomi atau economic downturn dan recession


5.Penggunaan Dinar dan Dirham dalam suatu negara akan
meminimumkan risiko mata wang yang dihadapi oleh negara tersebut,
apabila digunakan oleh beberapa negara yang penduduk Islamnya
merupakan majoriti akan mendorong terjadinya blok perdagangan
Islam.


6.Penggunaan Dinar dan Dirham akan menciptakan sistem
kewangan yang adil yang berjalan secara harmoni dengan sektor
riil. Sektor riil yang tumbuh bersamaan dengan putaran wang Dinar
dan Dirham, akan menjamin kesediaan keperluan masyarakat pada
harga yang tinggi.


7.Berbagai masalah sosial seperti kemiskinan dan jurang
tersebut akan dengan sendirinya menurun atau bahkan hilang sama
sekali.


8.Kedaulatan negara akan terjaga melalui kesetabilan ekonomi
yang tidak terganggu oleh krisis kewangan atau krisis mata wang
yang menjadi pintu masuknya kapitalis-kapitalis asing untuk
menguasai ekonomi negara dan akhirnya juga menguasai politik,
keamanan, bahkan  kedaulatan negara.


9.Hanya wang emas (Dinar) dan perak (Dirham) yang boleh
menjalankan fungsi wang moden dengan sempurna iaitu fungsi alat
tukar (medium of exchange), fungsi satuan pembukuan (unit of
account) dan fungsi penyimpan nilai (store of value).