Sejak semalam, 3.5.2012 harga emas jatuh dengan agak ketara, dimana 1 ouns diniagakan pada harga USD1635. Lantas, harga di Public Gold pun turut serta turun. Nilai satu dinar yang biasanya berlegar di sekitar RM740-750 turun serendah RM725 sahaja. Nah inilah masanya untuk membeli dengan kuaniti yang lebih kan..? Kepada mereka yang dah membeli sebelum ini, janganlah panik dan gundah gulana kerana fenomena ini. Ini adalah perkara biasa dalam dagangan komoditi, tertakluk kepada permintaan dan penawaran. begitu juga emas bergantung kepada spekulasi pasaran saham antarabangsa. Emas adalah aset berharga. Dibeli dan disimpan. Jika kita dapat membeli di waktu ini, mungkin ada sedikit kelebihan kerana bila harganya naik nanti di masa depan, secara realtifnya keuntungan kita lebih banyak.
Jom...dapatkan dinar atau bar anda hari ini !!!
No comments:
Post a Comment