Bila saya bercakap tentang emas kepada rakan2, ramai yang masih kurang jelas dengan peranan emas dalam menjaga kepentingan aset seseorang. Emas dijadikan sandaran kepada kekayaan seseorang..Anda setuju? Ramai yang bertanya, kalau beli berapa lama harus disimpan..kalau untuk tujuan melabur bila perlu dijual..?
Emas sebagai simpanan:
Kita tahu yang emas adalah logam yang sangat bernilai ciptaan Allah SWT. Ia telah dijadikan matawang sejak zaman dulu malah telah dicerita dalam hadis-hadis nabi. Maka tidak hairan, emas dijadikan kayu ukur kekayaan seseorang itu.
Di Malaysia, kesedaran tentang pentingnya menyimpan aset yang kalis inflasi mula meningkat di awal 2008, setelah krisis ekonomi dunia melanda dan emas waktu itu agak rendah harganya. Melihat kepada trend terdahulu yang menyaksikan peningkatan harga emas setiap tahun menjadikan ia semakin dicari. Tujuan menyimpan emas ialah untuk melindungi aset kita, kerana jika menyimpan semua harta kita yang ada dalam bentuk matawang kertas...apa akan jadi jika tiba2 matawang kita jatuh teruk dan inflasi meningkat tinggi..sudah tentu kuasa membeli kita akan turun. Duit yang kita simpan dalam bank2 dah makin kekurangan nilainya.
Justeru, emas adalah satu komoditi yang insyaAllah dapat menjaga harta kita. Bagaimana...? Kita azamkan satu tekad. Setiap bulan kita harus membeli emas, sekurang-kurangnya satu dinar. Kalau 12 bulan, kita dah ada 12 dinar...Kita buat belanjawan kita sendiri.
Satu lagi petua atau cadangan yang diberi oleh sifu2 emas melalui ceramah seminar mereka iaitu jika kita mempunyai simpanan yang banyak di Tabung Haji atau ASB..kita boleh keluarkan 20-30% daripada duit itu untuk membeli emas fizikal. JANGAN KELUARKAN semua sekali kerana kita masih memerlukan aliran tunai dalam urusan seharian kita...Jika kita dapat istiqamah sekeping dinar setiap bulan dari duit lebihan kita, 10 tahun akan datang kita mempunyai 120 keping dinar. Jika hari ini sekeping dinar Public Gold berharga di sekitar RM705, dijangkakan pada tahun 2020 harga sekeping dinar ini akan melonjak menjadi RM2000 ( berdasarkan andaian harga emas akan melonjak ke RM500/gram)..
![]() |
| Lonjakan harga emas sejak 10 tahun lalu |
Emas sebagai pelaburan:
Pelaburan dikaitkan dengan urusan mengeluarkan modal dan mengharapkan keuntungan daripadanya. Selain daripada menyimpan, emas juga dijadikan satu komoditi pelaburan. Konsep pelaburan dengan emas fizikal ini ialah beli di waktu murah dan jual pada waktu harganya lebih tinggi. Contoh yang sering diberikan oleh sifu2 emas ialah memberi tempoh setahun untuk menjual balik emas yang kita beli atau pun bila2 jika harganya lebih tinggi dari harga belian. Cth:-
Mei 2012 Harga sekeping 5 dinar public gold ialah RM3400. Kita beli sebanyak 6 keping bernilai RM20400 ( dah boleh jadi dealer tu....;-) ) Spread atau susut nilai bagi 5dinar ini ialah 5.5%. Kita simpan dinar ini hingga Mei 2013, tengok balik pada harga We Buy public gold. Katakanlah harga pada waktu itu RM3800..maka kita darabkan dengan 6 keping, kita dapat RM22800. Maka untung bersih kita ialah RM2400 iaitu lebih kurang 11% setahun...sudah tentulah jika melabur lebih maka keuntungnnya pun lebih.
Langkah seterusnya kita kita jual kesemua dinar tadi, dapat RM22800, kita ambil RM2400 untuk tujuan perbelanjaan dan duit modal RM20400 tadi kita beli emas semula. Memanglah kita tak akan dapat balik 6 keping 5 dinar tadi, tapi "rolling " balik RM20400 tadi sebagai modal beli emas semula, dan buatlah begitu utk tahun2 berikutnya. Atau bila2 harga emas melonjak tinggi kita boleh jualnya..
Ingat ! Konsep pelaburan ialah BELI MASA MURAH JUAL BILA HARGA LEBIH DARI MODAL !!!
Ok selamat menyimpan dan melabur.
Abangcik2010,
19.5.2012

No comments:
Post a Comment