Mengapa Dinar-Dirham begitu penting..??? Terdapat beberapa alasan
tentang penggunaan mata wang dinar Islam dalam menuju kestabilan
sistem kewangan:
1.Wang yang stabil. Perbezaan wang dinar-dirham dengan wang
fiat adalah kestabilan nilai wang tersebut. Setiap mata wang
dinar mengandung 4.25 gram emas 22 karat dan tidak ada perbeaaan
ukuran emas yang dikandung dinar pada setiap negara, tidak ada
perbezaan nilai dinar yang digunakan di Iraq dengan dinar yang
digunakan di negara Arab saudi. Wang dinar tidak mengalami
inflasi semenjak zaman Rasulullah Sallallahu ’Alaihi Wassallam
hingga sekarang.
Sebuah penelitian telah dilakukan oleh professor Roy Jastram dari
Berkeley University dengan menulis buku tentang The Goldent
Constant. Ia melakukan penelitian harga emas terhadap beberapa
komoditi dalam jangka masa 400 tahun hingga 1976. hasil dari
penelitiannya adalah bahawa harga emas didapati konsisten dan
stabil. Sekalipun telah terjadinya krisis sepanjang waktu itu
seperti perang, dan bencana alam nilai emas tetap stabil secara
relatif.
2.Alat tukar yang tepat. Dengan adanya nilai yang stabil
dan standard yang sama di setiap negara, dinar-dirham akan
memberikan kemudahan dan kelebihan bagi masyarakat untuk
melakukan transaksi domestik dan transaksi antarabangsa
sekalipun. Dinar adalah mata wang yang berlaku secara sendirinya,
berbeza dengan fiat money sebagai legal tender yang memerlukan
pengesahan yang ditentukan oleh pemerintah yang mencetaknya. Wang
dinar emas adalah wang yang sudah dikenal selama berabad-abad,
sehingga tidak diperlukan proses penghalalan dan pengesahan
sebagai wang.
3. Mengurangi Spekulasi, Manipulasi dan Arbitrasi. Nilai dinar
yang sama akan mengurangi peningkatan spekulasi dan arbitrasi di
pasaran mata wang asing, kerana kemungkinan perbezaan nilai tukar
yang sulit terjadi. Jika dinar sudah menjadi “single
currency” yang sama di setiap negara, maka tidak akan ada
perbezaan nilai dinar di setiap negara yang memberikan keuntungan
yang besar kepada para spekulator-spekulator tersebut.
4.Karena setiap transaksi Dinar dan dirham akan didasari oleh
transaksi di sektor riil, maka penggunaannya dapat meminimumkan
kemelesetan ekonomi atau economic downturn dan recession
5.Penggunaan Dinar dan Dirham dalam suatu negara akan
meminimumkan risiko mata wang yang dihadapi oleh negara tersebut,
apabila digunakan oleh beberapa negara yang penduduk Islamnya
merupakan majoriti akan mendorong terjadinya blok perdagangan
Islam.
6.Penggunaan Dinar dan Dirham akan menciptakan sistem
kewangan yang adil yang berjalan secara harmoni dengan sektor
riil. Sektor riil yang tumbuh bersamaan dengan putaran wang Dinar
dan Dirham, akan menjamin kesediaan keperluan masyarakat pada
harga yang tinggi.
7.Berbagai masalah sosial seperti kemiskinan dan jurang
tersebut akan dengan sendirinya menurun atau bahkan hilang sama
sekali.
8.Kedaulatan negara akan terjaga melalui kesetabilan ekonomi
yang tidak terganggu oleh krisis kewangan atau krisis mata wang
yang menjadi pintu masuknya kapitalis-kapitalis asing untuk
menguasai ekonomi negara dan akhirnya juga menguasai politik,
keamanan, bahkan kedaulatan negara.
9.Hanya wang emas (Dinar) dan perak (Dirham) yang boleh
menjalankan fungsi wang moden dengan sempurna iaitu fungsi alat
tukar (medium of exchange), fungsi satuan pembukuan (unit of
account) dan fungsi penyimpan nilai (store of value).
No comments:
Post a Comment