Sunday, April 15, 2012

Bagaimana Membuat Pelaburan Emas

PENDAHULUAN.

Emas merupakan logam yang sangat istimewa. Warnanya yang menarik serta kesukaran
mendapatkannya menyebabkan ia dianggap bernilai oleh manusia. Selain daripada
dijadikan barang kemas emas juga menjadi penyimpan kekayaan yang paling unggul. Ini
kerana ia tidak boleh dibinasakan dan tidak akan hilang nilainya.
Justeru, menyimpan emas sebagai satu pelaburan merupakan tindakan yang amat bijak.
Ini kerana nilainya sentiasa meningkat di dalam jangka masa panjang.
Jika kita perhatikan carta sejarah harga emas daripada tahun 2000 – 2009, kita akan
dapati bahawa harga emas adalah seperti berikut:






Harga emas pada 14 Ogos 2000 = USD 275.45/Oz
Harga emas pada 14 Ogos 2009 = USD 953.50/Oz
Ini adalah kenaikan 246% di dalam jangka masa 9 tahun (purata kenaikan harga 27% setahun)

BAGAIMANA MEMBUAT PELABURAN EMAS DI MALAYSIA?

Terdapat 2 cara membuat pelaburan emas di Malaysia iaitu
1. Pelaburan emas fizikal
2. Pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas

PELABURAN EMAS SECARA FIZIKAL.

Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:
1. Syiling emas
2. Jongkong emas
3. Barangan kemas

 Daripada 3 kategori emas fizikal ini, cuma syiling emas dan jongkong emas boleh dikategorikan
sebagai emas pelaburan. Sebagai emas pelaburan, syiling emas dan jongkong emas memiliki
kelebihan-kelebihan berikut:
1. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.
2. Mudah dibawa.
3. Mudah ditunaikan.
4. Mempunyai susut nilai yang rendah.
5. Boleh digadaikan.
Kebanyakan syiling emas yang dijual untuk tujuan pelaburan mempunyai berat yang standard
iaitu ukuran berat di dalam troy ounce. Bagi jongkong emas pula biasanya beratnya diukur di dalam kiraan gram. Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang terbaik jika dibandingkan dengan syiling dan
jongkong emas. Ini kerana terdapat kos upah untuk membuat barang kemas tersebut. Jika anda
hendak menjual kembali kembali barang kemas tersebut maka anda dikenakan susut nilai yang
tinggi iaitu di antara 25 % sehingga 40%. Namun begitu, jika anda berminat untuk membuat pelaburan emas melalui barang kemas makadigalakkan anda membaca topik membuat pelaburan emas melalui barang kemas. Ia bagi memastikan anda boleh memaksimakan pulangan daripada barang kemas anda.

No comments:

Post a Comment