Salam sejahtera buat semua..
Alhamdulillah di kesempatan ini dapat saya luangkan sedikit untuk menulis dan mengajak saudara2 semua, bagaimana untuk bermula dengan simpanan di Public Gold(PG). Mungkin masih ramai yang ragu2 tentang risiko menyimpan emas fizikal sebagai satu bentuk simpanan/pelaburan berbanding dengan menyimpannya di bank-bank atau di ASB mahupun Tabung Haji. Umum dah tahu bahawa keuntungan di ASB secara puratanya sebanyak 8% setahun dan di Tabung Haji 5-6% setahun, manakala mereka yang melabur dalam Unit Trust seperti Public Mutual mungkin mendapat antara 10-13% setahun. NAMUN sedarkah saudara semua, dalam diam2 pelaburan emas telah mendatangkan keuntungan sebanyak 20% setahun!! Memang untung..kerana ia tiada inflasi. Jika menyimpan di bank, nilai duit merosot kerana kadar inflasi di negara kita secara purata 2-4% setahun..
Ramai yang bertanya..berapa banyak harus dilaburkan ? Jawapannya mudah! Ikut kemampuan kewangan kita, yang pasti kita WAJIB menyimpan.
Item yang termurah dan mudah dimilki di PG ialah dinar. Dinar ialah wang emas yang telah ditetapkan beratnya sebanyak 4.25g. Dinar PG ialah 22K(916). Pihak PG menyediakan 4 saiz dinar iaitu 1 dinar, 2 dinar, 5 dinar dan 10 dinar.
Harga sekeping dinar 1 dinar pada hari ini 14.4.12 ialah RM742. Design nya cantik dan susut nilainya hanya 6%, iaitu perbezaan harga WE SELL dan WE BUY. Susut nilai barang2 kemas jika anda menjual rantai emas di kedai emas biasa ialah 20-25%..memang merugikan jika membeli emas perhiasan(rantai, gelang) di kedai2 emas kerana harga jual mereka sangat tinggi dan harga beli mereka pula rendah..
Justeru, tanamkan azam anda untuk memiliki sekurang-kurangya sekeping 1 dinar untuk bulan ini. Kemudian boleh rancangkan unuk membeli secara berkala sebulan sekeping atau dua bulan sekali...Boleh simpannya dan jadikan ia hantaran atau mas kahwin pun boleh!! Dan yang paling best, dinar PG tiada kos pengangkutan..
No comments:
Post a Comment