Bagi mereka yang telah menyimpan emas sejak sekian lama contohnya dari tahun 2000 sudah pasti tersenyum lebar kerana kenaikan harga emas dari tahun tersebut hingga ke hari ini telah mencecah 700%...bayangkan jika mereka mula menyimpan dengan nilai RM10000 sahaja pun, jika dijual sekarang,senang-senang mereka mendapat RM70000...jika ditolak dengan susut nilai (spread margin) pun mereka masih untung banyak.
Bagaimana dengan kita..adakah kita sudah terlambat untuk bermula..? Sudah tentu tidak ! Emas adalah logam yang bernilai. Ia dijadikan wang pada zaman Rasulullah dan ianya sangat stabil. Unjuran peningkatan harga emas boleh dilihat sejak 20 tahun kebelakangan ini. Mungkin 3-4 tahun lepas apabila kesedaran tentang emas mulamenular di kalangan masyarakat Malaysia, kita masih belum mempunyai kewangan yang kukuh untuk melabur dalam bentuk emas fizikal. Namun hari ini dengan tumbuhnya pelbagai syarikat yang menjual emas fizikal, saya berpendapat sudah tiba masanya kita merenung kembali tentang potensi emas ini. Kini emas fizikal mudah sekali untuk dibeli. Paling mudah ialah di Public Gold. Mungkin ramai yang masih ragu2 untuk membeli emas ataupun masih tak tahu bagaimana nak bermula. Saya cadangkan anda beli dulu sekeping 1 dinar sebagai pembuka langkah anda..tak kiralah berapa harga sekeping dinar tersebut. Anda tidak akan rugi dan simpanlah dinar itu sebagai aset anda! Kemudian anda tambahkan ilmu mengenai pelaburan emas dengan membaca buku atau blog2 seperti ini yang bercambah di internet. Ingat..setinggi mana pun seseorang itu dengan kekayaan dan kejayaan mereka..mereka pasti bermula dengan langkah PERTAMA !
Jom dapatkan sekeping dinar hari ini...!!
Pagi ini, sekeping 1 dinar PG bernilai RM740... masih murah berbanding harga tertinggi yang pernah tercatat RM770 pada pertengahan Mac lalu..
Jadikan EMAS sebagai penawar kepada masalah muamalat anda!

No comments:
Post a Comment